Garam Bukit Untuk Mandian & Rendaman

Amalan merendam kaki atau mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
Selain itu,khasiat garam bukit yang lain adalah ia akan mengurangkan bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Ia juga sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakan khasiat garam bukit ini dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan anda.

Khasiat Merendam Kaki dengan Garam Bukit

Cara-Cara Menggunakan Khasiat Garam Bukit Untuk Rendaman Kaki, Mandian Dan Skrub Badan
Campurkan 5 sudu besar garam bukit ke dalam air biasa atau air suam. Anda juga boleh menggunakan air yang bercampur dengan ais.
1. Rendaman
Rendam kaki atau badan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya rendaman ini dibuat pada waktu rehat atau sebelum hendak tidur.
 2. Mandian
Mandi dengan air bancuhan garam bukit dan biarkan air garam bukit tadi meresap ke tubuh badan selama beberapa minit.Kemudian bilas badan dengan air biasa
 3. Skrub
Bancuhkan dengan pekat garam bukit supaya boleh dijadikan skrub. Kemudian lulurkan ke seluruh badan atau di tempat tertentu yang ingin di rawat dengan garam skrub. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan bilas dengan air biasa.
Terdapat pelbagai garam bukit yang dijual di pasaran. Pastikan anda membeli garam bukit yang asli dan jangan mudah tertipu dengan garam bukit tiruan. Antara, garam bukit yang popular adalah Garam Bukit Himalaya.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/khasiat-garam-bukit/#ixzz5RMzGSWme 

Comments