Fakta dan informasi Garam Bukit


Garam Bukit berasal dari kawasan Banjaran Gunung Himalaya yang berada dalam bentuk Kristal. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur mineral semulajadi yang amat diperlukan oleh tubuh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Garam bukit menambah kualiti kepada segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu ia sangat perlu dalam : 


  • penghadaman dan percernaan makanan.
  • mengurangkan masalah angin dan gastrik. 
  • Ia juga sangat cekap melancarkan pengaliran darah. 
  • merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh tubuh. 
  • Ia kaya dengan Iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.



FAKTA :



  • Garam Bukit meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaiaan Lemak dan Kolesterol
  • Melancar pengaliran jus Hempedu, penting dalam pengawalan berat badan
  • Menyah Toksin dan Uric Asid, yang dapat merawat masalah Gout dan sakit tumit.
  • Garam Bukit mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, penyerap dan mencegah bau busuk dan mengelakkan dari keracunan dalam perut dan usus.
  • Merangsang kelenjar Tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat.
  • Melancarkan sistem saraf dan pengaliran neuro transmitters kepada otak.
  • Sifat penyerapan garam adalah faktor penting dalam rawatan kanser.
  • Garam Bukit menambahkan kandungan Oksigen dalam darah untuk melemahkan virus kanser.

Comments